Program Pengasas — Terhad Kedai

Jual lancar. Stok terkawal. Untung lebih jelas.

POS web untuk kedai aksesori telefon, butik, retail kecil, peniaga pasar malam dan kedai servis seperti barber & salon. Rekod jualan walaupun internet putus, stok auto-tolak, komisen staf siap dikira, dan nampak gross profit setiap hari.

  • Tiada kad kredit untuk trial
  • Onboarding dibantu
  • Guna telefon, tablet atau PC
Skrin Reports MyShoppe: jualan 7 hari, gross profit, purata bakul, carta jualan harian, produk terlaris dan stok rendah.
Skrin jualan MyShoppe di telefon dengan troli 3 item berjumlah RM 84.50.

Skrin sebenar app · data contoh

Dibina untuk

  • Aksesori Telefon
  • Butik
  • Kosmetik
  • Kedai Hadiah
  • Runcit
  • Pasar Malam
  • Gerai Kecil
  • Gunting Rambut & Salon

Masalah biasa

Kenal situasi ni?

“Rasa sales dah banyak, sedar-sedar untung tak seberapa. Buat penat aje.”

Jualan tinggi tak semestinya untung tinggi — kalau kos produk tak pernah dikira.

“Stok dalam sistem cakap ada 5, rak kosong.”

“Jual banyak, tapi tak pasti produk mana yang betul-betul untung.”

“Internet putus — pelanggan beratur, kaunter tergendala.”

“Malam-malam kira jualan dalam Excel.”

Kalau satu pun kena, MyShoppe dibina untuk anda.

Penyelesaian

Satu sistem. Empat perkara yang paling penting.

01

Stok terkawal

Setiap jualan terus tolak stok — tiada lagi kira manual hujung hari. Bila stok hampir habis, MyShoppe beri amaran supaya anda sempat restock.

  • Stok auto-tolak setiap transaksi
  • Amaran stok rendah
  • Senarai produk terlaris

02

Gross profit jelas

Masukkan kos produk sekali, dan setiap hari anda nampak berapa untung kasar dari jualan — bukan sekadar berapa wang masuk.

  • Kos produk → margin setiap item
  • Laporan harian jualan & gross profit
  • Export ke Excel bila perlu

Gross profit (untung kasar) dikira berdasarkan kos produk yang anda masukkan — bukan untung bersih.

03

Kaunter tak tergendala

Internet putus? Teruskan jual. Transaksi disimpan dalam peranti dan disegerak automatik bila talian kembali. Imbas barcode, cetak resit — macam biasa.

  • Mod offline + sync automatik
  • Barcode scanner yang telah diuji
  • Cetak resit terus dari kaunter

04 Baharu

Duit masuk & keluar tercatat

Bukan sekadar jualan. Rekod setiap belanja kedai — beli stok, sewa, bil, gaji — dan duit masuk seperti modal atau float laci. MyShoppe gabungkan semuanya dengan jualan harian dalam satu penyata aliran tunai.

  • Money out / Money in ikut kategori: stok, sewa, utiliti, gaji dan lain-lain
  • Asingkan laci tunai dan akaun bank / QR
  • Bayaran supplier direkod terus semasa Stock In
  • Penyata aliran tunai dengan baki berjalan, boleh export Excel

Ini rekod aliran tunai harian kedai, bukan pengganti akauntan atau sistem perakaunan penuh. Export Excel memudahkan kerja akauntan anda.

Penyata aliran tunai MyShoppe: jumlah duit masuk, duit keluar, bersih, laci tunai dan bank, dengan senarai jualan dan belanja serta baki berjalan. Borang Money out MyShoppe: amaun, tarikh, kategori, dibayar dari laci tunai atau bank, dan nota.

Skrin sebenar app · data contoh

Tengok sendiri

Lihat MyShoppe beraksi.

Rakaman skrin sebenar app (data contoh). Tekan mana-mana video untuk tonton penuh.

Nak tengok dengan produk kedai anda sendiri?

Kami boleh tunjuk demo langsung — 15 minit, melalui WhatsApp atau bersemuka.

WhatsApp Demo Daftar Trial

Maksimumkan untung

Fokus pada produk yang betul-betul laku & untung.

Kedai kecil tak boleh simpan semua benda. MyShoppe tunjuk produk mana paling laku dan berapa margin setiap satu — supaya modal, ruang rak dan promosi anda pergi ke produk yang betul.

  1. Kenal best seller andaLaporan Best sellers: 10 produk teratas ikut kuantiti & jualan — hari ini, 7 hari, 30 hari atau bulan ini.
  2. Semak margin setiap produkSenarai produk tunjuk kos & margin %. Laris tapi margin nipis? Masa untuk semak harga atau supplier.
  3. Jangan biar best seller habisAmaran stok rendah supaya produk paling laku sentiasa ada di rak. Stok habis = jualan hilang.

Hasilnya: lebih banyak modal pada produk yang laku & untung, kurang pada stok yang tersangkut.

Keputusan tetap di tangan anda — MyShoppe beri datanya.

Top 10 · 7 hari Laporan Best sellers MyShoppe: 10 produk teratas dengan kuantiti dan jumlah jualan.
Kos & margin %Senarai produk MyShoppe dengan kos dan margin peratus setiap produk.

Skrin sebenar app · data contoh

Ciri

Semua yang kaunter anda perlukan.

Ciri-ciri ini sudah berfungsi dan diuji — bukan janji.

Mod Offline & Auto-Sync

Jual tanpa internet; data disegerak sendiri bila talian kembali.

Barcode Scanner

Imbas produk terus ke troli. Cepat dan kurang silap.

Printer Resit

Cetak resit kemas untuk setiap pelanggan.

Stok Auto-Tolak

Setiap jualan terus kemas kini baki stok.

Kos & Gross Profit

Nampak untung kasar berdasarkan kos produk anda.

Amaran Stok Rendah

Tahu apa perlu restock sebelum rak kosong.

Dashboard Harian

Jualan, purata bakul, void, kaedah bayaran dan best seller.

PWA — Mana-mana Peranti

Pasang terus dari browser di telefon, tablet atau PC.

Money In / Out

Rekod belanja & duit masuk kedai, dengan penyata aliran tunai: laci tunai vs bank.

Staf & Komisen

Rekod siapa yang layan setiap servis. Komisen % atau RM tetap, laporan setiap staf.

Servis Tanpa Stok

Potong rambut, cuci, servis — jual tanpa had stok. Produk biasa tetap ikut stok.

Import Excel / CSV

Masukkan ratusan produk sekali gus, dengan pratonton sebelum simpan.

Peranan Pengguna

Owner, manager, cashier & stock keeper — setiap orang nampak apa yang perlu sahaja.

Stocktake (Blind Count)

Kira stok fizikal tanpa nampak angka sistem, kemudian semak beza sebelum kemas kini.

Jual Ikut Berat & Ukuran

Harga sekilo, semeter, sekaki persegi, seliter atau sejam. Karpet? Taip panjang × lebar, harga dikira sendiri.

Pasar malam & gerai

Berniaga di pasar malam atau gerai kecil? Telefon pun cukup.

Tak perlu mesin POS atau kaunter besar. Buka MyShoppe di telefon dan terus jual — walaupun line internet lemah di tapak.

Daftar Trial untuk Gerai Anda

Telefon pun cukup

Pasang dari browser. Tiada mesin, tiada wayar. Produk tanpa barcode? Tekan sahaja nama produk.

Line lemah? Tetap jual

Jualan disimpan dalam telefon dan sync sendiri bila line kembali.

Tunai, DuitNow QR atau kad

Kira baki dengan pembundaran 5 sen. Papar QR DuitNow gerai anda terus di skrin untuk pelanggan scan.

Tutup gerai, nampak untung

Terus nampak jualan, kaedah bayaran dan gross profit malam ini. Resit boleh hantar melalui WhatsApp.

Kedai servis

Gunting rambut, salon, spa, cuci kereta, cuci karpet? Komisen staf siap dikira.

Servis tak ada stok, tapi setiap pelanggan tetap perlu direkod: siapa yang buat, berapa caj, berapa komisen.

  • “Hujung bulan baru kira komisen barber — selak buku satu-satu.”
  • “Potong rambut mana ada stok, tapi POS suruh isi stok.”
  • “Tak pasti siapa paling ramai pelanggan bulan ni.”
  1. Pilih staf untuk setiap servisPilih Served by di troli. Satu resit boleh ada dua staf — potong oleh Ali, cukur oleh Abu. Nama staf tercetak di resit.
  2. Komisen ikut cara kedai andaKadar % untuk setiap staf, atau kadar khas setiap servis: % harga atau RM tetap (cth. RM6 sekepala).
  3. Laporan komisen siapResit, item, jualan & komisen setiap staf — hari ini, 7 hari atau bulan ini. Export ke Excel untuk kira gaji. Resit yang dibatalkan tolak komisen sendiri.

Servis & produk dalam resit yang sama: servis dijual tanpa stok, pomade atau syampu tetap tolak stok seperti biasa.

Caj ikut ukuran: cuci karpet atau langsir, tinted, print banner — taip panjang × lebar, contoh 8 × 5 kaki = 40 ft² × RM1.50 = RM60.00. Resit tunjuk ukurannya.

Daftar Trial untuk Kedai Anda
Served by Troli MyShoppe: setiap servis ada pilihan staf yang melayan, contoh Potong Rambut oleh Ali dan Cukur Janggut oleh Abu.
Komisen stafLaporan Staff & commission: resit, item, jualan dan komisen setiap staf.

Skrin sebenar app · data contoh

Cuba sendiri

Internet putus? Jualan tetap jalan.

Tukar ke Offline, rekod beberapa jualan, kemudian tukar balik ke Online. Itulah yang berlaku di kaunter anda — tiada transaksi hilang.

Kaunter 1Online

Dalam queue 0

  • Tiada transaksi menunggu.

Disegerak 1

  • #1041 Casing iPhone 15RM 35.00

Online — jualan terus disimpan ke cloud.

Cara ia berfungsi

Tiga langkah. Kami bantu setiap satu.

  1. Daftar trial

    Isi borang ringkas atau WhatsApp kami. Kami hubungi anda untuk sesi demo.

  2. Kami bantu setup

    Import senarai produk anda, sambung barcode scanner & printer resit.

  3. Mula jual

    Pantau stok dan gross profit setiap hari — dari kaunter atau telefon.

Perbandingan

Kenapa bukan buku atau POS lama?

Buku / Excel

  • Stok auto-tolakKira manual
  • Gross profitKira sendiri
  • Jual offlineYa (tulis tangan)
  • Tanpa install softwareTidak berkaitan
  • Kos permulaanRendah, tapi makan masa
  • Rekod duit masuk / keluarManual, berasingan
  • Setup dibantuTiada

POS lama biasa

  • Stok auto-tolakBiasanya ada
  • Gross profitBergantung sistem
  • Jual offlineBergantung sistem
  • Tanpa install softwarePerlu install
  • Kos permulaanTinggi (lesen + hardware)
  • Rekod duit masuk / keluarBergantung sistem
  • Setup dibantuSelalunya berbayar

MyShoppe

  • Stok auto-tolakSetiap jualan
  • Gross profitHarian, dari kos produk
  • Jual offlineYa, auto-sync
  • Tanpa install softwarePWA, dari browser
  • Kos permulaanDari /bulan
  • Rekod duit masuk / keluarYa, dengan penyata tunai
  • Setup dibantuYa, semasa trial

Harga

Harga telus. Bulanan. Tiada kontrak panjang.

Starter

Untuk mula rekod jualan dengan kemas.

/bulan

  • Jualan & resit
  • Pengurusan produk
  • Inventori asas
  • Laporan jualan harian
Daftar Trial
Harga PengasasPaling Sesuai

Pro

Untuk kedai yang mahu kawal stok & nampak untung.

Harga biasa /bulan

Harga pengasas dikunci 12 bulan.

  • Semua dalam Starter
  • Mod offline & auto-sync
  • Barcode scanner & printer resit
  • Kos produk & gross profit
  • Amaran stok rendah
  • Money in / out & penyata aliran tunai
  • Export Excel
/ tempat pengasas diambil lagi
Kunci Harga Pengasas
Akan datang

Business

Untuk kedai yang sedang berkembang.

/bulan

  • Semua dalam Pro
  • Ciri pengurusan lanjutan (dalam pembangunan)
Daftar minat

Harga belum termasuk perkakasan (scanner/printer) & SST (jika berkenaan). Had pengguna/produk dinyatakan semasa pendaftaran.

Tawaran terhad — benar-benar terhad

Jadi kedai pengasas MyShoppe.

Trial 30 hari

Untuk kedai pertama, dengan onboarding peribadi. tempat masih ada.

/bulan

Dikunci 12 bulan untuk pelanggan pertama pelan Pro.

Apa yang anda dapat

  • Sesi setup peribadi — kami import senarai produk anda
  • Bantuan sambung barcode scanner & printer resit
  • Talian WhatsApp terus kepada pembangun
  • Suara anda menentukan ciri seterusnya

Apa yang kami minta

  • Guna untuk transaksi sebenar di kedai
  • Maklum balas jujur — yang baik dan yang tak kena
  • Sesi ringkas di hujung 30 hari

Akan datang

Sedang aktif dibangunkan.

Ciri di bawah belum tersedia. Maklum balas kedai trial menentukan mana yang siap dahulu.

  • PIN cashierDalam pembangunan
  • Tutup syif & rekonsiliasi tunaiDalam pembangunan
  • Pengurusan supplierDalam pembangunan
  • Purchase orderDalam pembangunan
  • Multi-outletDalam pembangunan

Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya.

Daftar trial

Mohon tempat trial anda.

Ambil masa kurang 1 minit. Kami akan hubungi anda melalui WhatsApp untuk atur demo dan sesi setup.

  • Tiada kad kredit diperlukan
  • daripada tempat trial masih ada
  • Tiada komitmen selepas trial

Maklumat anda hanya digunakan untuk menghubungi anda tentang trial MyShoppe.

Program pengasas

Jadi antara kedai pertama.

Harga pengasas /bulan dikunci 12 bulan, onboarding peribadi, dan suara anda dalam pembangunan produk.